Sabtu, 16 Oktober 2010

Pemerangganan dan teknik menstruktur idea

Tajuk: Mencari Dinamik Politik Kampus

A. Ayat Tesis


Fenomena 'the angry young man' atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yag biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka. Tindakan secara agresif dalam menyuarakan pandangan ininjuga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.


B. Ayat topik

1. Pilihan raya kampus

Pemilihan MPP yang dilangsungkan di IPTA sudah berakhir, pemilihan kali ini agak ‘panas’ kerana pelaksanakan e-undi di UM.

2. Terima cadangan

KPT bersedia menerima apa jua pandangan bagi memantapkan pelaksanaan pemilihan MPP.

3. Label calon

Larangan melabelkan calon yang bertading dalam pemilihan MPP pernah diluahkan oleh bekas perdana menteri.


C. Perenggan deduktif, induktif, deduktif komplek

1. Perenggan deduktif

Pemilihan MPP pada kali ini yang dilangsungkan di semua IPTA nampaknya sudah berakhir. Apa yang menarik, pemilihan pada kali ini disifatkan agak ‘panas’ kerana isu pelaksanaan e-undi di UM. E-undi sebelum ini sudah dilaksanakan di kampus UPM dan UIA.

2. Perenggan induktif

Sudut pidato yang kini dibenarkan semula pelaksanannya di semua kampus adalah gelanggang perdana kepada pelajar untuk menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu. Namun, saya berpendapat gaya pengucapan untuk sudut pidato tidaklah perlu terikut atau terikat dengan gaya padato atau debat seperti dalam pertandingan.

3. Perenggan deduktif komplek

Bagaimanapun, saya percaya pelaksanaan pemilihan MPP boleh diperkemaskan dari semasa kesemasa supaya ia mencapai kualiti yang tidak boleh diragui. Pihak universiti wajar mengambil iktibar dan mencari jalan untuk memperpandangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi bahawa proses demokrasi di kampus, misalnya wajar menjadi contoh kepada pilihan raya umum kerana ia berlangsung dalam gedung ilmu. Kualiti pemilihan MPP jelasnya mesti tidak boleh rendah daripada pilihan raya umum.

D. Perenggan Pengenalan

Perenggan pengenalan telah menggunakan teknik analogi.

Contoh: Fenomena 'the angry young man' atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yag biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka. Tindakan secara agresif dalam menyuarakan pandangan ininjuga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.

E. Perenggan Penutup

Dari perenggan 19 hingga perenggan 22

Contoh: Perpecahan di kalangan pelajar sebelum, menjelang dan pasca… Mungkinkah ini satu inovasi yang perlu dilaksanakan.

F. Perenggan Transisi

Pada perenggan 8

Contoh: Seperti kata Menteri Pengajian Tinggi…ia pasti mengundang masalah.

G. Perenggan Dialog

Tiada perenggan dialog

H. 3 ciri perenggan yang baik

1. Kepautan

Contoh: Bagaimanapun, saya percaya pelaksanaan pemilihan MPP boleh diperkemaskan dari semasa ke semasa supaya ia mencapai kualiti yang tidak boleh diragui.

2. Kejelasan

Dalam perenggan 14 dan perenggan 15

Contoh: Pemilihan MPP ini juga memperlihatkan pengalaman… Dilaporkan 81 peratus sudah turun mengundi pada 3 Februari lalu.

3. Kesatuan

Contoh: Larangan melabelkan calon yang bertanding dalam pemilihan MPP pernah diluahkan oleh bekas Perdana menteri ketika beliau menjawat Timbalan perdana menteri. Namun ternyata, selepas beberapa tahun, label ini terus melekat dan disensasikan.

I. Teknik menstruktur idea

1. Petikan

Pada perenggan 18

Contoh: Ia juga tidak melambangkan semangat 1 Malaysia seperti yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

2. Perbandingan

Pada perenggan 20 dan 21

Contoh: Kapada ahli MPP yang Berjaya dan diamanahkan…

Pada mereka yang kurang bernasib baik, kegagalan bukanlah penutup kepada perjuangan untuk…

3. Contoh dan ilustrasi

Contoh: Elemen penting dalam proses semokrasi seperti kebebasan bersuara dan kuasa untuk memilih pemimpin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan