Khamis, 2 September 2010

Ulasan

Ulasan - Filem "The Day After Tomorrow"


Plot:

Filem ini menceritakan Jack Hall seorang Paleoclimatologist yang melakukan ekspedisi di Antartika bersama dengan dua kawannya iaitu Frank dan Jasaon. Pada suatu hari, es rak terpurus dari bahagian benua dan Jason nyaris-nyaris jatuh ke dalam bahagian terputus itu. Pada persidangan, Jack mengatakan bahawa hal pemanasan global mengubah iklim bumi menjadi zaman es mungkin akan berlaku dalam tempoh 100-1000 tahun dari sekarang jika manusia tidak berhenti mencemarkan atmosfera bumi. Jack bertemu dengan Profeser Terry Rapson dalam persidangan tersebut, beliau ialah Profeser dari Pusat Penyelidikan Hedland Iklim di Scotland. Profeser Rapson menyatakan bahawa kecairan es kutub telah mula mengganggu arus Atlantik Utara.

Bencana pengubahan iklim bumi menjadi zaman es telah berlaku dan telah membawa kesan buruk terhadap banyak tempat di bumi, seperti Tokyo terkena hujan es, Salji di New Delhi dan Los Angeles dihancur oleh sekumpulan tornado besar.

Semetara, anak Jack -Sam bersama dengan kawannya Brian dan Laura pergi New York untuk menghadiri pertandingan, mereka menghadapi banjir besar dan berlindung di dalam Perpustakaan Umum New York. Jack dan dua temannya Frank dan Jason berangkat untuk menyelamatkan anaknya yang berada di New York, malangnya salah satu teman Jack berkorban dalam perjalanan .

Superstorm dari Amerika Utara suhu -150 F telah melewati bandar itu, superstorm ini akan membekukan semua barang atau orang dengan segera, untuk keselamatan Jack dan Jason berlindung di dalam sebuah Restoran. Mereka meneruskan perjalanan mereka selepas badai hilang. Akhirnya, Jack dan Jason tiba dan berjaya mencari Perpustakaan yang berkubur dengan salji, di dalam perpustakaan Jack berjaya menemui Sam dan kawan-kawannya dan selamat menyelamatkan mereka.


Penghakiman:

Filem ini wajar ditonton ini desebabkan filem ini ingin mempersembahkan tentang isu-isu yang hangat dibincangkan pada masa kini iaitu pemanasan global, jika manusia di bumi ini masih tidak sedar dengan masalah pemanasan global ini, bencana tersebut mungkin akan berlaku seperti yang ditunjukkan dalam filem ini, banyak orang akan dikorbankan, banyak orang akan kehilangan nyawa, harta dan juga tempat tinggal mereka. Memang ada orang akan menyatakan filem ini mempunyai ciri-ciri hiperbola, tetapi kita tidak dapat ramalkan peristiwa-peristiwa di dalam filem ini tidak akan berlaku jika bencana itu berlaku, kerana kita tidak pernah pengalaman peristiwa tersebut. Sebagai kesimpulan, kita mesti perhatian dengan isu-isu itu dan mencari langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut supaya bencana seperti yang ditunjukkan dalam filem itu tidak berlaku dalam kehidupan kita.


1 ulasan:

  1. selamat sejahtera...
    saya juga menggunakan wayang ini senagai ulasan saya. Wayang ini adalah sangat menarik. Akan tetapi, yang paling penting ialah wayang ini meningati kita supaya menjaga keharmonian bumi ini. Jangan sekali sampai waktu itu baru insaf.

    BalasPadam